Tuesday, May 31, 2011

Menjelang bulan puasa

Orang yang mempunyai penyakit gastrik sebenarnya mampu berpuasa penuh. Cuma mereka perlu makan sahur lewat dan tidak mengambil sebarang minuman bersusu.
"Selain itu, jika berbuka pastikan tidak berbuka dengan nasi, mengambil minuman berais dan makan makanan yang pedas. Cukup sekadar berbuka dengan air suam, kurma, atau kuih-muih. Selepas beberapa jam baru menjamah nasi.''
Perlu ingat, terdapat tiga golongan individu yang tidak dibenarkan berpuasa iaitu orang yang sakit, musafir, dan wanita yang kedatangan haid. Walaupun tiga golongan ini tidak diwajibkan berpuasa tetapi mereka WAJIB untuk menggantikan puasa.


Tip bagi pesakit gastrik yang ingin berpuasa
  1. Elakan makan makanan yang tidak sesuai ketika bersahur dan berbuka. Contohnya makan yang pedas, berangin dan minuman berais
  2. Elakan makan ubat tahan sakit seperti ubat Antiinflamasi bukan steroid
  3. Kekalkan gaya hidup sihat

Monday, May 30, 2011

Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 perkataan istimewa : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk
mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari bahagia baginya.

Thursday, May 26, 2011





"Perkenalan yang tidak ku sangka sebelum ini yang membolehkan hidup kami sampai ketahap ini..kehidupan baru ditempat baru dengan status baru sebagai seorang mahasiswi dan mahasiswa membawa aku mengenali diriny. Dirinya seorang yang berjaya mengetuk pintu hatiku setelah sekian lama tidak mehiraukan sesiapa, walaupun baru mengenali dirinya, aku selesa dengannya, menghormatinya sebagai seorang yang boleh aku kongsi suka dan duka pada awalnya begitu yang ku harapkan, namun sedikit demi sedikit perasaan itu berubah dan buktinya sekarang ini kami berkongsi perasaan yang sama, rasa kasih yang sama dan mengubah kehidupanku dengan adanya dirinya seorang yang sentiasa disiku,kehadirannya membawa seribu erti tidak kira dalam apa jua keadaan susah mahupun senang. Sentiasa dengan karakter yang tersendiri yang boleh membuatkan diriku sangat bahagia, gelak, dan sentiasa tersenyum dengan apa jua perkatan yang keluar dari mulutnya. Kemesraanya membuakan ku rasa begitu selesa disampingnya selalu walau kadang kala mukanya bengis atas kesilapan diriku sendiri (maaf ye,hehehe) dalam apa jua berlaku dia tidak pernah meninggalkan ku keseorangan untuk menempuh segala dugaan pe yang berlaku, Dia selalu menjadi penasihat dalam apa jua keadaan walaupun nasihatnya macam diriku nie begitu kecil untuk diterima,(dah 20tahun la diri ini,bkn budak-budak lagi, INGAT!!!) macam ini la diriku,selalu tinggikan suara denganya, tapi dia boleh buat-buat cool je,ish3.tu la membuatkan diriku kadang-kadang rasa nk je tarik telinganya dan dengan dirinya tu juga membuatkan ku kertawa bila teringat saat macam tu. Dah nak genab setahun bersamanya, begitu teliti dirinya yang ku kenal (tp banyak y cerewet kalu pilih pe2). Semakin lama termenung teringatkan, banyak benda aku sering menyusaskanya, tapi tidak pernah sesekali bunyi rungutan dari mulutnya apatah lagi dirinya nak meninggikan suara kat ku walaupun ku seorang yang sangat sensitif. Diriku rasa bersalah bila difikirkan semula kerana begitu istimewa dia yang ramai orang yang menyukai sikapnya, tingkah laku, budi perketi dan sangat mesra alam tida mingira usia. Begitu dihormati dengan sikap sedemikian rupa, Diriku sangat bertuah bila Ummi sendiri sangat menyenangi dirinya, Adakah aku memilih orang yang betul untuk membimbing diriku ini? nie sering bermain dalam pemikiranku kerana dengan sikap ku sekaran boleh ke beliau tahan dengan sikapku ini tanpa aku berubah untuk yang terbaik dalam perhubungan yang kami bina. Orang yang ku selalu ingat, sentiasa disampingnya akanmendokan yang terbaik dalam perhubungan ini. Amin  

Monday, May 23, 2011

Soalan Jibril kepada kerbau, kelawar dan cacing

Assalamualaikum


Seminggu sudah berlalu dengan disi dengan kerja. Penat,letih, ngantuk n boring semua ada dalam masa seminggu sudah, bermacam-macam benda berlaku.
Yang bestnya, time2 kerja tu, ada la terbaca surat khabar lama, y lamenya 2 tahun lalu, terbaca la satu artikal tentang sudut pedoman.
Jom nak kongsi sikit nie, harap2 mjadi iktibar


" Pada suatu hari Allah SWT memrintahkan malaikat  Jibril menemui Seekor kerbau dan memintanya bertanyakan soalan kepada haiwan berkenaan. Jibril segera mematuhinya perintah itu.
Pada waktu siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya: "Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau,"Kerbau menjawab: "Masya Allah! Alhamdulilah. Aku bersyukur kepadaNya yang menjadikan aku seekor kerbau. Ini sangat berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri."




Mendengar jawapan itu, Jibril segera pergi menemui seekor kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantung di dalam sebuah gua. Kemudian Jibril bertanya:
"Hai kelawar , apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar."
"Masya Allah! Alhandulillah. Aku bersyukur kepadaNya yang menjadikan seekor kelawar daripada menjadiku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah dan berjalan menggunakan perutnya," Jawab si kelawar.



Mendengar jawapan itu, Malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah. Lalu Jibril bertanya kepada si cacing: 
"Wahai cacing yang kecil, Apakah kamu selesa dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing."
"Si cacing menjawab: "Masaya Allah, Alhamdulillah ! Aku bersyukur kepadaNya menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada menjadikanku sebagai seorang manusia.








"Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya" 
 
 

Friday, May 20, 2011