Wednesday, February 2, 2011

     Tersebutlah kisah lahirnya dua orang bayi yang sangat comel. Walaupun dalam buku sejarah tidak pernah tercatat tentang kelahiran dua orang bayi ini tapi bagi penduduk kampung dah juga pihak bidan mereka berbangga. Bayi ini dilahirkan ketika hari persaudaraan. Kesakitan kedua-dua ibu muda ini terus hilang ketika masing mberi semangat persaudaraan.
     Dengan itu, ibu-ibu bayi itu menjadi rapat dan secara tidak langsung juga bayi itu membesar bersama. Ibu dan bapa bayi itu membuat keputusaan untuk menyekolahkan anak mereka di satu sekolah dan setiap tahun mereka akan membuat permintaan dari guru besar sekolah agar anak mereka ditempatakan di dalam satu kelas, satu rumah sukan, sukan, semuanyan sama.
     Sudah menjadi kebiasaan, guru di situ juga tahu jika ada sebarang aktiviti mereka akan meletak kan si gemuk dan si kurus di dalam satu kumpulan. Mereka berdua sinonim dengan nama kembar tidak seiras. Lebih-lebih lagi ketika mereka dilahirkan sengaja ibu bapa merekan meletakan nama yang seakan-akan serupa bunyinya iaiyu si gemuk dinamakan Amir dan si kurus dinamakan Amin.
     Arakian mereka berdua terlalu rapat, ke sekolah bersama, balik bersama. Habis sekolah pun mereka bermain bersama. Cuma waktu tidur dan makan sahaja mereka pulang ke rumah masiang-masing. Sehingga mereka habis sekolah menenggah.
     Amir tetap dengan keadaan dirinya, gemuk dan amin juga tetap seperti dulu, kurus. Jika mereka berjalan dan berdiri merekakelihatan seperti nombor sepuluh. Bila dah meningkat dewasa, anak-anak gadis di situ suka mengusik mereka berdua. Namun Amin selalu mendapat perhatian kerana tubuhnya yang kurus dan tidak melampau. Bukan Amir tidah kacak tetapi bentuk tubuh yang bulat dan besar membuatkan dia selalu diperli.
"Amir, tengok tu comelkan Siti tu?tengok tu dia pandang kat kitalah." Beritahu Amin
"dDia bukan pandang kat kita, dia pandang kat kau la Min." Kata Amir
"Taklah. Dia pandang kat kau, kau kan comel." Kata Amin
"Yelah, aku comel sangatlah. Aku tahu kau pun nak kata aku gemuk kan.Diorang  pandang-pandang kat kita, lepas tu gelak-gelakkan aku sebab aku gemuk. Tak sepadan jalan dengan kau. Kau pun nak cakap macam tu jugak kan sebelum ni? "Amir marah.
Amin terdiam, melihat sahabat baiknya memarahinya. Amir bangun dari kerusi dan terus pergi. Amin termanggu dan berkerut. Dia berfikir apa perkataan atau kata yang membuatkan amir tersinggung. Rasanya dia yang sudah berkawan rapat atau boleh dipanggil seperti adik-beradik itu langsung tidak berniat untuk menyinggung hati Amir.
          Amir terus melangkah dan melangkah. Perasaan amarah tidak dapat dibendung lagi. Dia puas hati dapat meluaskan perasaanya selama ini. Selama ini dia pendam hatinya, dia berdiam. Amir tahu ramai yang mengata dan mengutuk dirinya. Amir rasa begitu sedih. Dia sepatutnya dari dulu lagi seperti Amin...kurus dan pasti diminati ramai.
          Amin pula kecewa dengan sikap Amir, selami ini dia sikit pun tak pernah mengata Amir gemuk, Walaupun dalam hati. Dia kecewa kerana Amir sangsi akan ketelusan hatinya bersahabat dan menganggap Amir seperti saudara kandungnya. Sedangkan selama ini mereka berdua baik sahaja.
          Sudah berapa hari mereka tidak berjumpa, masing-masing tidak tahu mengalah atau memulakan mengucap minta maaf. Puas sudah ibu bapa dan kawan-kawan memujuk mereka. Amir dan Amin rimas dengan keadaan itu. Jadi mereka membawa diri mereka masing-masing. Amir dan Amin ingin merantau dan membawa diri. Hanya keluarga menjadi perantaaran antara mereka.
"Mak, bagitahu amin. Amir nak pergi jauh jumpa dalam setahun lagi." Kata Amir
"Ooooo!! Dia sorang je boleh pergi. Bagitahu Amir, Amin pun akan pergi jauh. Jumpa dalam masa setahun dari sekarang." Kata Amin kepada ibunya supaya menyampaikan kepada Amir.
Bermula kisah hidup mereka yang terpisah sekian lama mereka berdua yang tidak pernah berpisah bagaikan belangkas. Masing-masing berat hati kerana terasa bagaikan lumpuh sebelah diri. Namun mereka meneruskan juga sehinggalah setahun berlalu
"Dah lama benar tak jumpa Amir, Apa khabarlah dengan dia? Pasti Amir rindu kat aku sebab aku selalu rindu kat dia. Mmmm...harap-harap tali persaudaran dia dengan aku dan dia akan bersambung kembali." Amin berkata sendiri.
Di rumah ahli keluarga Amir dan Amin yang sudah bersiap sedia untuk menanti kepulangan mereka berdua. Masing-masing tidak sabar untuk mencantumkan kembali hubungan yang sudah retak. Mereka berjanji tidak akan membiarkan si gemuk dan si kurus berpisah lagi.
"Hah! Tu dia si Kurus. Hah! tu si Gemuk." Kata bapak Amin 
         Bapak Amin memandang pada si Kurus tapi si Gemuk yang datang meluru dan memeluknya. Manakala si Kurus bersahaja bersalam memandang Bapaknya dan terus bersalam dengan bapak Amir.
"Eh! Amin mari peluk Bapak kau. Kau dah lupa ke kat bapak?" Tanya bapak Amin.
"Pak, Amin kat sinilah. Amin kan dah peluk bapak." KAta Amin.
"Eh! Amir. Kau ke?'' Tanya bapak Amir.
Mereka berdua memandang satu sama lain. Memandang ada si Kurus dan ada si Gemuk tapi mereka dah berubah Amin dah jadi gemuk manakala Amir pula dah jadi kurus. Tapi mereka masih si Gemuk dan si Kurus.


wasalam.......






No comments:

Post a Comment