Memang benar kata orang cinta mampu mengundang perasaan indah dan pada peringkat remaja ini, sudah tentu mahu diri disayangi.
Seseorang sangat berani dan mempunyai kekuatan tersendiri kerana mengaku sikap buruk diri sendiri tentang cemburu.
Bagaimanapun ia tidak bagus dan perlu berusaha membuangnya sikap cemburu berlebihan biarpun biasa berlaku pada pasangan bercinta.
Perasaan itu timbul kerana rasa curiga dan takut kehilangan orang tersayang selain ingin mengawal dan mengongkong pasangan.
Kita perlu belajar bagaimana mahu mengawal perasaan cemburu yang tidak terkawal boleh menjejaskan hubungan, sekali gus menggangu emosi kita sendiri. Jangan biarkan perasaan itu menguasai diri.
Seseorang mungkin gelisas, takut, rendah diri apabila membayangkan tidak sebaik orang yang kite cemburui itu.
Berusaha untuk memulihkan kembali hubungan meskipun sukar keranaperasaan orang lain tidak boleh dipaksa meskipun memperbaiki keadaan.
Kita perlu menerimanya sebab kita tidak boleh memaksa seseorang menyukai atau menerima parasaan individu.
Apa yang penting kita perlu menerima dugaan dengan hati terbuka. Sudah pasti ada hikmah disebaliknya. Belajarlah mengawal diri dan perasaan cemburu dan tidak akan mengulanginya lagi.
No comments:
Post a Comment