Tuesday, May 31, 2011

Menjelang bulan puasa

Orang yang mempunyai penyakit gastrik sebenarnya mampu berpuasa penuh. Cuma mereka perlu makan sahur lewat dan tidak mengambil sebarang minuman bersusu.
"Selain itu, jika berbuka pastikan tidak berbuka dengan nasi, mengambil minuman berais dan makan makanan yang pedas. Cukup sekadar berbuka dengan air suam, kurma, atau kuih-muih. Selepas beberapa jam baru menjamah nasi.''
Perlu ingat, terdapat tiga golongan individu yang tidak dibenarkan berpuasa iaitu orang yang sakit, musafir, dan wanita yang kedatangan haid. Walaupun tiga golongan ini tidak diwajibkan berpuasa tetapi mereka WAJIB untuk menggantikan puasa.


Tip bagi pesakit gastrik yang ingin berpuasa
  1. Elakan makan makanan yang tidak sesuai ketika bersahur dan berbuka. Contohnya makan yang pedas, berangin dan minuman berais
  2. Elakan makan ubat tahan sakit seperti ubat Antiinflamasi bukan steroid
  3. Kekalkan gaya hidup sihat

No comments:

Post a Comment